Anxiety Disorder : Penyakit Mental yang Unik Tapi Boleh Dikawal

by | Nov 20, 2024 | General & Current Affairs | 0 comments

Kebelakangan ini, ramai mula terbuka berkongsi tentang anxiety disorder, sejenis penyakit keresahan melampau yang semakin ramai hadapi. Tapi, masih ramai juga salah faham. Apa sebenarnya anxiety disorder? Apa beza anxiety biasa dengan anxiety attack? Dan kenapa ia dianggap unik, berbeza dari penyakit fizikal lain? Sebagai penghidap sebenar, aku nak kongsikan segalanya dengan jujur, berdasarkan pengalaman sendiri.

Apa Itu Anxiety Disorder?

Anxiety disorder ialah sejenis penyakit mental yang melibatkan rasa cemas dan takut yang keterlaluan, hingga mengganggu kehidupan harian. Selain itu, penghidap tak boleh mengawal keresahan ini secara logik. Kalau tidak dikawal, ia boleh membawa kepada kemurungan teruk, gangguan tidur, dan dalam sesetengah kes, boleh menjadi bipolar atau depersonalisation.

Namun, apa yang penting untuk diketahui: Ia tidak boleh sembuh sepenuhnya, tetapi ia boleh DIKAWAL dan DIBIMBING.

Kenapa Ia Unik?

Berbeza dari penyakit fizikal, simptom anxiety disorder muncul dalam cara yang pelik dan berlapis-lapis. Setiap orang rasa berbeza, dan simptomnya boleh “berpindah” dari satu tempat ke tempat lain dalam badan. Kadang-kadang ia seperti sakit fizikal, padahal semua keputusan perubatan sihat.

Punca Anxiety Disorder (Mengikut Pengalaman dan Nasihat Doktor)
  • Trauma masa lalu (kemalangan, kehilangan, penderaan)
  • Tekanan hidup melampau
  • Genetik atau faktor keturunan
  • Ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak

Tiada satu punca yang pasti. Ia kompleks dan berbeza untuk setiap orang.

Simptom Anxiety Disorder

Simptom terbahagi kepada tiga kategori besar:

1. Simptom Fizikal (Rasa Sakit Tapi Tak Ada Punca Medikal)

Contoh:

  • Sakit kepala berulang, kepala rasa “terikat”
  • Dada sempit, jantung berdegup kencang
  • Masalah perut, cirit-birit, sendawa tak lepas
  • Sakit bahu, belakang, kebas tangan/kaki
  • Pandangan kabur, mulut kering, sukar telan
2. Simptom Emosi

Contoh:

  • Ketakutan melampau terhadap kematian
  • Takut keluar rumah, takut tempat ramai orang
  • Overthinking sampai susah tidur
  • Rasa “gila”, blur, depersonalisation
  • Takut makan, takut badan berubah
3. Tingkah Laku Pelik

Contoh:

  • Sering periksa nadi/jantung
  • Google simptom penyakit
  • Elak tempat tertentu
  • Bergantung sepenuhnya pada suplemen tanpa nasihat
Rawatan dan Cara Kawal Anxiety Disorder
Langkah Pertama: Pemeriksaan Menyeluruh
  • Buat full medical check up dulu. Pastikan tiada penyakit fizikal.
Rujuk Psikiatri
  • Bila badan sihat tapi simptom tetap ada, jumpa doktor psikiatri.
  • Rawatan ubat: Setraline, Xanax (hanya bila perlu, ikut nasihat doktor)
Rawatan Alternatif Yang Membantu Aku: Doktor Man TTDI

Aku mula faham dan kawal anxiety selepas jumpa Dr. Man TTDI, seorang doktor yang juga penghidap anxiety.

Sesi konsultasi aku dengan dia bantu aku kawal serangan panic tanpa ubat secara berperingkat. Banyak yang aku belajar daripada perkongsian dia. Tonton video beliau di sini:
YouTube Dr. Man TTDI
Facebook Dr. Man TTDI

9 Cara Kawal Anxiety Disorder Tanpa Ubat (Diajar oleh Dr. Man)
  1. Tahu & Kenal Simptom
  2. Terima Kenyataan
  3. Bersedia Bila Serangan Datang
  4. Ada Pelan Tindakan
  5. Divert Pemikiran
  6. Fokus pada Aktiviti Lain
  7. Kongsi & Cari Sokongan
  8. Redha – Belajar Kawal, Bukan Sembuh
  9. Positifkan Diri & Hindari Persekitaran Toksik
Penutup: Jangan Biarkan Diri Rasa Bersalah

Akhir kata, anxiety disorder adalah penyakit mental yang unik, dan ia tidak menjadikan kau lemah. Kau bukan cari perhatian, pemalas atau tak bersyukur. Kau cuma manusia yang sedang cuba faham dan jaga diri sendiri dalam dunia yang terlalu bising. Dan itu sendiri dah cukup kuat. InshaAllah aku akan terus update post ini bila ada info atau pengalaman baru. Harap ia bermanfaat untuk semua yang sedang melalui fasa ini.