Kebelakangan ini, ramai yang bercakap tentang anxiety disorder atau kegelisahan melampau, malah memberitahu umum diri mereka mengalami anxiety disorder. Tahukah anda, apa itu penyakit anxiety disorder yang sebenar? Apa itu anxiety dan apa itu anxiety attack? Fahami lebih lanjut dengan membaca apa yang aku terangkan dibawah.
Apa itu anxiety disorder?
Anxiety disorder adalah satu penyakit kerisauan Dan keresahan melampau dan tidak dapat dikawal oleh penghidapnya dan ia dikategorikan sebagai penyakit mental. Anxiety disorder jika tidak ditangani dan dirawat dengan betul, ia akan boleh membawa kearah kemurungan melampau dan menganggu kehidupan, aktiviti harian dan hubungan keluarga kita. Ada juga kes yang aku dengar, sampai pesakit tersebut mengidap bipolar. Untuk pengetahuan semua, penyakit anxiety disorder ni tidak boleh sembuh tetapi kita boleh mengawal dan mengurangkan simptom-simptom.
Penyebab anxiety disorder?
Hingga kini belum ada sebab dan kajian yang jelas untuk penghidap anxiety disorder. Namun, ada beberapa pakar psikiatri dan doktor yang aku jumpa memberi beberapa sebab pada penyakit ini. Antara sebab-sebab penyakit ini adalah dari trauma yang dialami pada pesakit, stress kehidupan pesakit dan mungkin juga dari keturunan.
Mengenal pasti kita menghidapi anxiety disorder
Untuk memastikan kita menghidapi penyakit ini, permulaan memang akan ada simptom (aku akan list simptom-simptom tersebut dibawah). Bila simptom-simptom ni menjelma, pastikan kita dah buat full check up kesihatan badan kita. Ini kerana simptom-simpton yang ada pada penghidap anxiety disorder memang agak rumit dan unik. Jika full check up sudah buat dan doktor mengesahkan kita sihat, , mereka akan mengesahkan kita menghidapi anxiety disorder. Doktor akan suruh kita refer dengan psikiatri untuk rawatan lanjut.
Dibawah aku akan senaraikan anxiety attack atau lebih mudah aku kata, simptom-simptom anxiety yang aku penah alami. Simptom-simptom ni ada pada fizikal, perbuatan dan emosi aku.
Anxiety attack / simptom anxiety disorder
Tanda-tanda fizikal.
Kepala/Muka
- Sering berasa sakit kepala
- Kepala menekan-nekan seolah-olah dibaluti dengan benda keras (macam pakai helmet sempit)
- Kepala melayang-layang macam vertigo
- Pening melampau macam migrain
- Sakit di bahagian belakang kepala sahaja, atau sebelah sahaja atau hadapan sahaja
- Sakit diseluruh bahagian kepala
- Berasakan seolah-olah ada cecair bergerak-gerak di dalam kepala.
- Berasa kebas di bahagian seluruh muka/sebahagian
- Berasa seperti ada benda merayap di muka.
Telinga
- Bunyi berdesing di dalam telinga
- Macam ada air di dalam telinga
- Macam ada udara terperangkap di dalam telinga
Mata
- Pandangan menjadi kabur
- Mata kering
- Berasa seperti ada pasir di dalam mata
- pedih mata secara tiba-tiba
- Menekan di belakang mata
- vision seperti tv rosak
Mulut
- Mulut kering
- Nafas berbau
- Sering rasa haus
- Rasa seperti ada benda tersangkut di tekak
- Tercekik
- Gatal tekak
- Sering ada tonsil
- Sering mengetap2kan gigi
- Gusi sakit
- Gusi tidak selesa
- Susah hendak menelan
- Banyak air liur/lendir
- Berasa seperti lendir tersangkut di tekak
- Kerap hendak meludah
Bahu/tangan/belikat/leher/pinggang
- Berasa sakit dibahagian bahu/berat seperti memikul sesuatu yang berat
- Sakit bawah bahu/belikat
- Sakit mencucuk-cucuk di sekitar bahu masuk ke bahagian bawah ketiak.. depan dada
- Berasa merayap-rayap di bawah kulit bahagian bahu menjalar ke tangan
- Berasa panas dan pedih di bahu ke bawah
- Berasa kebas dibahagian pinggang
- Pinggang sentiasa sakit seperti sakit slip disc (mengikut simpton-simpton slip disc di google)
- Berasa seperti tangan berat tidak dapat bergerak
- Leher berasa tegang membawa ke kepala
- Leher cramp tidak dapat berpusing
Kawasan Dada
- Sering berasa sakit dada/ ketat
- spasm dibahagian dada
- Dada mencucuk-cucuk
- Dada seperti berasa ada benda tersekat
- Tengah-Tengah Dada sakit menekan or mencucuk
- Degupan jantung yang laju
- Terdengar bunyi degupan jantung sendiri
- Berasa degupan jantung sangat kuat seperti hendak melompat keluar dari dada
- Berasa sukar bernafas
- Nafas tidak selesa
- Nafas pendek-pendek/mengah-mengah
- Terasa degupan jantung skip atau berhenti sesaat (digalakan refer cardiologist, sebab kes aku, disahkan PVC heartbeat)
Perut
- Macam mengalami GERD/asid refluk/gastrik
- Tiada selera untuk makan
- Takut nak makan
- Sembelit/Cirit birit
- Sering sendawa/sukar sendawa
- Makanan susah nak hadam
- Perut sentiasa kembung
- Berat badan yang mendadak turun di bulan pertama mengalami gangguan
- Kaki
- Tidak dapat berdiri lama
- Kaki lemah
- Sakit lutut
- Kaki menggigil
- Bisa-bisa kaki
Tanda-tanda Emosi
- Sering memikirkan KEMATIAN, takut dengan apa sahaja berkaitan KEMATIAN. Tidak boleh mendengar berita kematian, melihat gambar-gambar berkaitan kematian, kemalangan. Takut hendak menonton apa-apa cerita berkaitan kematian (Tanah Kubur). Takut lalu di tanah perkuburan. Takut melawat kematian. Takut dengan tanda-tanda kematian. Sering mengaitkan pelbagai perkara dengan kematian.
- Sentiasa berasa bimbang dengan perkara-perkara yang tiada sebab untuk dibimbangkan, perkara kecil-kecil,
- Emosi tidak menentu. Sangat sensitif dan mudah nak marah. Tapi takut nak marah sebab marah akan menyebabkan panik. Takut dengan apa-apa perasaan yang keterlaluan. Takut nak marah sangat. Takut nak gembira sangat. Takut nak sedih sangat.
- Takut hendak pergi kemana-mana. Lebih selesa berada di rumah. Takut hendak pergi ke tempat yang tidak diketahui atau belum pernah pergi. Mahu sentiasa mudah untuk ke Hospital. Berasa selamat dan lega jika berada berhampiran dengan Hospital.
- Takut hendak pergi ke Pasaraya atau tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Berasa pening jika berada di tempat ramai orang.. rasa lemas dan tidak selamat.
- Takut dengan kesesakan lalu lintas. Bimbang jika jem teruk, gagal selamatkan diri.. gagal ke Hospital.
- Sangat sensitif dengan perubahan yang ada pada tubuh badan. Sering memeriksa kesihatan tubuh badan. Memikirkan diri mempunyai sakit yang kronik, Kanser Otak, Kanser Usus, Kanser Perut, Kanser Paru-paru, Sakit jantung, Jantung Tersumbat, HIV, AIDS, Leukimia dll.
- Takut hendak makan. Setiap makanan dirasakan membawa kesan buruk pada kesihatan. Berhati-hati memilih makanan.
- Takut dengan kegelapan, bilik yang tertutup, lif, escalator, rasa tidak cukup nafas bila berada di bilik yang tertutup.
- Takut dengan apa-apa jua musibah atau bencana, jerebu, ribut, hujan lebat, tanah runtuh dll
- Takut akan menjadi gila atau hilang pertimbangan.
- Depersonalisation
- Berasakan diri berada di dunia lain.
- Blur.
- Sukar memahami perbualan orang.
- Berasa seperti sedang berkhayal.
- Berasa seperti ‘gila’, ‘tidak waras’.
- Hati suka berkata-kata perkara yang buruk
- Lintasan hati untuk melakukan perkara yang jahat dan bukan-bukan
- Lintasan hati yang negatif
Tanda-tanda pada perbuatan
- Sentiasa google penyakit yang berkait dengan tanda-tanda fizikal contoh, sakit dada akan berkait dengan penyakit jantung dan paru-paru.
- Sentiasa check nadi jantung jika berdebar-debar
- Bergantung pada supplement atau produk-produk berkaitan anxiety.
- Sentiasa check berat badan
- Sentiasa risau jika sehari tidak membuang air besar
- Suka berkurung atau duduk di tempat sempit atau tersorok
*Senarai-senari ini akan aku update jika aku dapat simptom baru dari masa ke semasa
Rawatan dan cara untuk control anxiety attack
Ok, untuk rawatan anxiety disorder ada macam-macam cara dan jenis. Antaranya adalah memastikan tubuh anda sihat, dengan buat full medical check up. Dan setelah doktor di hospital pakar atau hospital biasa mengesah kan tubuh badan kita normal, kita boleh merujuk pada doktor psikiatri. Di sini Psikiatari akan bagi beberapa ubat yang agak kuat dan fasa ini mmg fasa mencuba ubat yang sesuai dengan kita, antara ubat-ubat yang aku pernah makan adalah setraline dan xanax. So far xanax memang sesuai dan buat anxiety aku berkurangan.
Ada juga cara yang kita tidak perlu bergantung ubat, antaranya aku akan letak link youtube dan facebook doktor yg merawat aku. Antara insan yang x jemu guide aku control anxiety ni adalah doktor Man TTDI.
Sebelum aku jumpa doktor man, macam-macam cara aku cuba untuk sembuhkan penyakit ni, antaranya berubat dengan cara islam, berurut dan sampai tahap jumpa bomoh disebabkan aku percaya dengan kata-kata orang yang aku ni terkena buatan orang. Setelah semua usaha yang aku nyatakan ni, aku dapati penyakit yg aku alam ini tidak berkurangan langsung, malah dia datang dengan bermacam2 simptom (senarai yang aku tulis diatas). Sehingga la aku mencari solution dengan sendirinya di youtube. Disitulah aku tertengok video2 doktor Man bercerita tentang anxiety. Dari situ aku tonton kesemua video2 dia sampai habis dan masa tu aku masih lg tidak mempercayai doktor Man ni, sehingga aku bercakap dengan diri aku, last solution aku set appointment dengan dia dengan kadar charge yang aku rasa berpatutan dan sesi tu selama satu jam. Disitulah permulaan aku dapat control penyakit anxiety ni dengan perlahan dan berjaya menjalani kehidupan normal aku mcm sebelum ni.
Doktor man ni sedikit sebanyak yang aku boleh ceritakan, dia adalah doktor yang masih menghidap penyakit anxiety disorder mcm aku. Antara simptom-simptom yang aku senaraikan diatas semasa aku jumpa doktor man ni, ada yg aku masih belum rasa dan kena. Kebanyakan senarai simptom diatas memang dari doktor Man dan aku sendiri dah lalui semua senarai simptom diatas.
Antara tips dan cara mengatasi atau control anxiety attack tanpa ubat yang doktor Man ajar pada aku adalah :
- Tahu dan Kenal : ini adalah step pertama dengan cara kita tahu dan kenal anxiety attack or panic attack. Untuk tahu dan kenal kita kena pastikan badan dan kondisi kesihatan kita dalam keadaan baik, dengan mudah kata pastikan korang dah buat fully check up dengan doctor. Bila full result dan disahkan oleh doctor korang sihat walafiat, disitu lah korang akan kenal dan tahu simptom2 anxiety yang boleh mendatangkan panic attack.
- Terima Kenyataan : Ini adalah benda paling susah pada aku untuk aku buat, tapi after step 1 dah buat, kita memang kene paksa diri terima kenyataan yang kita memang sihat dan simptom yang kita rasa tu adalah simptom anxiety attack. (aku amik masa 8 bulan untuk terima kenyataan)
- Bersedia/Ready : Bersedia bila anxiety ni datang menyerang dan apa simptom yang akan berlaku pada kita
- Plan : Kena ada plan bila anxiety kita menyerang iaitu macam mana kita nak atasi anxiety tersebut
- Divert : Kita kena divert pemikiran kita dan sibuk kan otak kita untuk menghalau anxiety tu pergi dengan erti yang mudah faham lupakan anxiety tu dengan buat sibuk.
- Fokus : Selepas cara ke -5 tu berjaya, kita kena fokus bila dah sibuk membuat sesuatu. (antara step yang aku selalu gagal dan tidak pernah repeat smpai boleh dan kalau tidak boleh baru aku makan ubat xanax. Hari seterusnya aku akan cuba sampai step positif)
- Share/Support : Kita kena share dan mintak support dari kawan-kawan atau psikiatari.
- Redha : Selepas berjaya 7 cara diatas, kita kena redha penyakit anxiety ini tidak akan sembuh tetapi kita boleh control dan kurangkan simptom-simptom yang kita alami.
- Positif : Sentiasa positifkan pemikiran kita, dan cari persekitaran yang positif dalam hidup. Elakan situasi yang toxic ada dalam hidup kita.
Untuk tahu lagi detail 9 Cara mengatasi dan control anxiety ni aku sediakan link channel Youtube Doktor Man dan link Facebook Doktor man :
Youtube : https://youtube.com/@drmanttdi?si=SZDphB84L9qOgWkA
Facebook : https://www.facebook.com/DrManTtdi
Aku harap dengan penulisan aku yang tidak seberapa ini, sedikit sebanyak dapat membantu penghidap penyakit anxiety meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. InshaAllah aku akan update penulisan ini dari masa ke semasa.